Lelaki miliki 10 waran tangkap kena cekup

Ops Bersepadu yang dijalankan di sekitar daerah Klang Selatan, Klang semalam.
Ops Bersepadu yang dijalankan di sekitar daerah Klang Selatan, Klang semalam.
A
A
A

KLANG - Polis menahan seorang lelaki yang turut memiliki 10 waran tangkap dalam Ops Bersepadu di sekitar daerah Klang Selatan, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, penahanan tersebut turut melibatkan pemeriksaan ke atas 57 individu dan 49 buat kenderaan menerusi sekatan jalan raya dalam operasi bermula jam 8 pagi itu.

Menurutnya, operasi berkenaan turut disertai anggota Bahagian Siasatan Jenayah, Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Bahagian Siasatan dan Perundangan Trafik, Balai Klang, Balai Pandamaran dan Balai Pelabuhan Klang.

Ops Bersepadu yang dijalankan di sekitar daerah Klang Selatan, Klang semalam.
Ops Bersepadu yang dijalankan di sekitar daerah Klang Selatan, Klang semalam.

"Selain itu, polis turut menyita tiga buah kenderaan iaitu Honda EX5, pacuan empat roda Triton serta Nissan Navara atas kesalahan trafik," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Shamsul Amar berkata, pihaknya telah mengeluarkan sebanyak 28 saman atas pelbagai kesalahan trafik.

Selain itu katanya, masyarakat yang mempunyai maklumat berkaitan jenayah, dadah dan sebagainya boleh menyalurkan maklumat ke balai polis berhampiran.

"Operasi ini akan diteruskan dari semasa ke semasa dalam usaha pihak polis menurunkan kadar indeks jenayah khususnya di daerah Klang Selatan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Ops Bersepadu yang dijalankan di sekitar daerah Klang Selatan, Klang semalam.
Ops Bersepadu yang dijalankan di sekitar daerah Klang Selatan, Klang semalam.