Terbuka Jepun: Azriyn-Wee Kiong lepasi ujian beregu Perancis

[DIKEMAS KINI] BEREGU lelaki negara, Nur Mohd Azriyn Ayub-Tan Wee Kiong mempamerkan semangat juang tinggi apabila bangkit memulakan kempen pusingan pertama Kejohanan Badminton Terbuka Jepun 2025 dengan langkah kanan di Gimnasium Metropolitan Tokyo, Shibuya pada Selasa.
Dalam aksi yang berlangsung selama 58 minit itu, Mohd Azriyn-Wee Kiong bermula goyah apabila tewas 13-21 pada set pembukaan kepada wakil Perancis, Christo Popov-Toma Junior Popov.
Begitupun, mereka berjaya mengatur semula strategi dan bangkit mencatat kemenangan 21-17, 21-19 dalam dua set berikutnya untuk menamatkan perlawanan dalam masa 58 minit dalam kejohanan bertaraf Super 750 itu.
Kemenangan itu membolehkan Mohd Azriyn-Wee Kiong mencabar beregu pilihan dari Denmark, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen yang menewaskan rakan senegara Daniel Lundgaard-Mads Vestergaard, 21-19, 21-16 di pusingan kedua.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
