'Bukan hanya nama, rupa pun hampir serupa'

Nurul Hidayah bersama Nureen Keisya dan Putri Qisya ketika menziarahi kanak-kanak itu baru-baru ini.
Nurul Hidayah bersama Nureen Keisya dan Putri Qisya ketika menziarahi kanak-kanak itu baru-baru ini.
A
A
A

SHAH ALAM - Sekali pandang, susuk tubuh Nureen Keisya Adelea Mohamad Yazid seakan sama dengan anak sulung kepada pasangan suami isteri yang terkorban dalam tragedi enam beranak di Sungai Korok, Jitra iaitu Puteri Qisya Nur Izzat.

Bukan sahaja nama panggilan sama, malah mereka berdua kini pada usia yang sama iaitu 12 tahun.

Perkara tersebut didedahkan Nurul Hidayah Ab Basir, 38, menerusi hantaran di TikTok sehingga meraih perhatian warga maya.

Berkongsi cerita di sebalik pertemuan anaknya bersama Puteri Qisya Nur Izzat buru-baru ini, penjawat awam dari Alor Setar itu memberitahu, dia terpanggil untuk menziarahi kanak-kanak tersebut setelah mendapat tahu kejadian yang menimpa keluarga anak sulung pasangan berkenaan.

Nureen Keisya Adelea (kiri) bersama Putri Qisya yang memiliki paras hampir sama.
Nureen Keisya Adelea (kiri) bersama Putri Qisya yang memiliki paras hampir sama.

"Apabila saya melihat wajah Putri Qisya, saya terkenangkan anak saya. Memang serupa dari segi paras rupa, warna kulit, ketinggian dan nama. Saya rasa macam dia anak saya.

"Selain nama panggilan mereka sama, nama saya juga sama dengan Allahyarham ibunya, Nurul Hidayah dan saya kata kepadanya, dia boleh panggil saya 'mummy'.

"Ini percaturan ALLAH yang tidak terjangka," katanya kepada Sinar Harian.

Artikel Berkaitan:

Menurut Nurul Hidayah, dia juga telah mengambil keputusan untuk terus berhubung dengan Putri Qisya selain berharap agar kanak-kanak itu belajar di sekolah yang sama dengan anaknya tahun hadapan.

Secara tidak langsung ujarnya, dia dapat memantau keadaan Putra Qisya dari semasa ke semasa.

"Seorang wanita tidak lari dengan sifat keibuan, apatah lagi melihat seorang anak kehilangan tempat berpaut.

"Saya tumpang bersedih dengan kejadian yang berlaku kepada dia dan mendoakan anak ini sentiasa berada dalam lindungan dan jagaan orang baik," katanya.

Terdahulu media melaporkan, jasad enam sekeluarga yang hilang selepas pulang bermalam di rumah ahli keluarga di Taman Seri Aman, 5 Julai lalu ditemui dalam kereta Proton Saga Iswara di Sungai Korok.

Jenazah Mohamad Azim Izat Ishak, 32, isterinya, Nurul Hidayah Khadijah Razman Efendi 31, dan empat anak mereka, Putra Rayyan Nur Izzat, 9; Hawa Adriana Nur Izzat, 8; Annayla Humaira Nur Izzat, 7 dan bayi lelaki, Tuah Haydar, 6 bulan dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bohor, Karang di Jerlun kira-kira jam 11.50 malam pada Isnin.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!