Malaysia sedia hantar lebih ramai pelajar tajaan Mara ke NZ - Ahmad Zahid

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyampaikan ucapan sempena sesi libat urus Majlis Perniagaan ASEAN-New Zealand (ANZBC) pada Isnin. Foto Bernama
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyampaikan ucapan sempena sesi libat urus Majlis Perniagaan ASEAN-New Zealand (ANZBC) pada Isnin. Foto Bernama
A
A
A

AUCKLAND - Malaysia bersedia menambah 100 lagi pelajar tajaan Majlis Amanah Rakyat (Mara) ke New Zealand susulan sekatan penempatan pelajar tajaan di Amerika Syarikat.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, beberapa universiti di New Zealand, telah menyatakan kesediaan menerima pelajar Malaysia, sejajar dengan usaha kerajaan memperluas destinasi pendidikan luar negara yang lebih kompetitif dan berdaya saing.

"Beberapa universiti di New Zealand telah menawarkan tempat kepada pelajar tajaan Mara dan mungkin juga tajaan daripada Petronas dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan agensi lain.

"Saya telah meletakkan KPI (petunjuk prestasi utama) kepada Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di New Zealand (Mazita Marzuki), untuk menjayakan usaha ini,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri sesi libat urus Majlis Perniagaan ASEAN-New Zealand (ANZBC) di sini hari ini.

Ahmad Zahid berkata, pada ketika ini, terdapat 690 pelajar Malaysia berada di New Zealand, jauh lebih rendah berbanding dahulu, antara lain disebabkan tawaran kursus yang lebih meluas di dalam negara serta peningkatan kos pengajian di luar negara. - Bernama 

 

 

 

 

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!