Carsome, Bateriku kerjasama perluas khidmat automotif digital

PLATFORM e-dagang automotif terbesar di Asia Tenggara, Carsome mengumumkan kerjasama strategik dengan penyedia perkhidmatan penggantian bateri atas permintaan terkemuka, Bateriku.
Kerjasama itu menandakan satu lagi langkah penting dalam usaha memperkukuh ekosistem Carsome dengan menawarkan kemudahan tambahan kepada pelanggan melalui perkhidmatan bateri yang diintegrasikan merentasi pelbagai saluran.
Menurut Presiden dan Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Carsome, Eric Chan, pihaknya komited untuk menjadikan pemilikan kereta lebih telus, mudah dan boleh dipercayai.
“Daripada Pemeriksaan 175-Titik sehinggalah proses baik pulih di Carsome Certified Lab, setiap langkah direka untuk memberikan keyakinan dan ketenangan kepada pelanggan.
“Menerusi kerjasama ini, kami memastikan setiap pelanggan Carsome dapat memandu dengan yakin kerana bantuan sentiasa berada dalam jangkauan,” katanya.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Bateriku.com, Azarol Faizi berkata, Astra bukan sekadar bateri tetapi satu janji terhadap kualiti dan sokongan selepas jualan yang tiada tandingan, selain ketenangan fikiran untuk pemilik kereta ketika berada di jalan raya.
“Komitmen kami melangkaui bukan sekadar menghidupkan kenderaan, bahkan membina kepercayaan. Setiap bateri Astra disokong dengan pensijilan SIRIM dan jaminan waranti daripada rangkaian Bateriku di seluruh negara.
“Kerjasama dengan Carsome mencerminkan komitmen bersama untuk memajukan mobiliti automotif di Malaysia dan rantau ini dengan penawaran produk serta perkhidmatan berkualiti tanpa kompromi,” ujarnya.
Tambah beliau, pihaknya berbangga menyokong visi Carsome dengan menyediakan penyelesaian yang meningkatkan pengalaman pemilikan kenderaan dan menyumbang kepada ekosistem automotif lebih kukuh serta mampan di Malaysia.
Menerusi kerjasama berkenaan, pelanggan Carsome boleh menempah perkhidmatan penggantian bateri Bateriku secara langsung melalui aplikasi dan laman web Carsome.
Mereka juga berpeluang menikmati diskaun sebanyak RM50 untuk penggantian bateri di lokasi dengan menggunakan kod promosi CARSOME50 (tertakluk kepada terma dan syarat).
Pada masa sama, Carsome dan Bateriku juga bekerjasama untuk memanfaatkan lebih 220 outlet Pitstop Bateriku sebagai pusat akses untuk pelanggan Carsome.
Lebih 1,500 juruteknik mudah alih terlatih (BHero), Bateriku turut mengukuhkan misi Carsome untuk menyediakan perkhidmatan automotif yang lancar dan berfokuskan pelanggan.
Melalui kolaboratif itu, pelanggan boleh mendapatkan penilaian nilai kereta berasaskan kecerdasan buatan (AI), menempah pemeriksaan, menjual kereta dan membeli kenderaan baharu.
Selain itu, bateri Astra milik Bateriku akan digunakan dalam proses pembaikan kenderaan di Carsome Certified Lab bagi memastikan piawaian kualiti yang tinggi sebelum kenderaan dihantar kepada pelanggan.
Bateriku telah menjual lebih 500,000 unit bateri Astra dengan kadar tuntutan waranti kurang daripada 0.5 peratus sekali gus membuktikan kepakaran operasi yang luas dan keandalan yang tinggi kepada kerjasama tersebut.
Bagi maklumat lanjut, layari www.carsome.my dan layari www.bateriku.com.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

