Tapir 300kg mati dilanggar ketika lintas jalan

Bangkai tapir telah diserahkan kepada Perhilitan untuk tindakan selanjutnya. - Foto ihsan PDRM
Bangkai tapir telah diserahkan kepada Perhilitan untuk tindakan selanjutnya. - Foto ihsan PDRM
A
A
A

KUANTAN -Tapir dipercayai seberat kira-kira 300 kilogram (kg) mati selepas dilanggar kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Perodua Alza ketika melintas jalan di Kilometer (KM)36, Jalan Kuantan-Kemaman di sini pada Ahad.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kuantan, Superintendan Mohd Adli Mat Daud berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 12.10 tengah malam.

Menurutnya, anggota dari Balai Polis Cherating bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat.

"Kemalangan melibatkan sebuah kenderaan yang telah melanggar seekor tapir ketika melintas jalan.

"Pemandu iaitu seorang lelaki tempatan tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Ujarnya, pasukan bertugas telah menjalankan kawalan lalu lintas di lokasi kejadian bagi memastikan kelancaran dan keselamatan pengguna jalan raya lain.

Jelasnya, bangkai tapir telah diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) untuk tindakan selanjutnya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!