Bapa Akmal Saleh meninggal dunia

Gambar kenangan yang dimuat naik Dr Muhamad Akmal bersama Allahyarham bapanya.
Gambar kenangan yang dimuat naik Dr Muhamad Akmal bersama Allahyarham bapanya.
A
A
A

MELAKA – Bapa kepada Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh iaitu Saleh Lempah, 66, meninggal dunia pada pagi Jumaat akibat sakit tua.

Dr Muhamad Akmal yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau memaklumkan berita sedih itu menerusi akaun media sosial Facebook miliknya bahawa Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada jam 9.10 pagi.

“Dukacita dimaklumkan bahawa ayahanda kesayangan kami, Cikgu Saleh bin Lempah, telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi.

“Mohon doakan agar ayahanda kesayangan kami diampunkan dosanya dan ditempatkan dalam kalangan kekasih ALLAH,” tulisnya.

Menurut beliau, jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Ar-Rahim, Merlimau, Jasin selepas solat Jumaat.

Sejak akhir bulan lalu, Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan itu telah berkongsi mengenai keadaan kesihatan bapanya yang semakin merosot, dan meminta orang ramai yang mengenalinya agar mendoakan insan kesayangannya itu.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!