Angka korban jambatan runtuh di barat India meningkat 15 orang

Beberapa kenderaan terjunam ke sungai ketika jambatan runtuh dan usaha SAR diteruskan sepanjang malam - Foto: Agensi
Beberapa kenderaan terjunam ke sungai ketika jambatan runtuh dan usaha SAR diteruskan sepanjang malam - Foto: Agensi
A
A
A

NEW DELHI - Angka korban dalam insiden jambatan runtuh pada Rabu di negeri Gujarat, barat India meningkat kepada 15 orang pada Khamis, ketika kerja-kerja bantuan dan mencari serta menyelamat diteruskan sepanjang malam, menurut seorang pegawai tempatan, lapor Xinhua.

Beliau berkata sekurang-kurangnya tiga orang masih dilaporkan hilang. Seramai sembilan orang berjaya diselamatkan di lokasi kejadian dan telah dibawa ke hospital tempatan.

Sebahagian daripada Jambatan Gambhira yang berusia empat dekad runtuh di daerah Vadodara, Gujarat, menyebabkan beberapa kenderaan yang sedang melaluinya terjunam ke dalam Sungai Mahisagar.

Jambatan itu menghubungkan Vadodara dengan bandar jiran, Anand. Pergerakan kenderaan di kawasan berkenaan terjejas teruk susulan kejadian itu. - Bernama

 

 

 

 

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!