Lelaki tunjuk kemaluan kepada gadis 15 tahun ditahan

Tindakan seorang lelaki menunjukkan kemaluannya kepada seorang pelajar perempuan membawa padah apabila ditahan polis.
Tindakan seorang lelaki menunjukkan kemaluannya kepada seorang pelajar perempuan membawa padah apabila ditahan polis.
A
A
A

TAWAU - Tindakan seorang lelaki menunjukkan kemaluannya kepada seorang pelajar perempuan membawa padah apabila ditahan polis di sebuah rumah di kawasan Merotai, pada Selasa lalu.

Suspek berusia 30 tahun itu melakukan perbuatan tidak senonoh terhadap remaja berusia 15 tahun ketika sedang bertanyakan arah jalan dalam kejadian Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, susulan kejadian itu mangsa bertindak melaporkan kepada pihak polis.

"Menurut laporan, mangsa ketika dalam perjalanan pulang dari sekolah menuju ke rumahnya telah dihampiri seorang lelaki menggunakan sebuah kenderaan pacuan empat roda.

"Suspek yang pada awalnya bertanyakan arah tuju kepada mangsa telah bertindak berkelakuan tidak senonoh sambil menunjukkan kemaluannya," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Katanya lagi, mangsa yang terkejut kemudiannya melarikan diri ke kawasan rumah yang berhampiran.

"Risau dengan keselamatan dirinya, mangsa tampil di balai polis berdekatan untuk membuat laporan dan sepasukan polis dari Balai Polis Bombalai berjaya mengesan suspek," katanya.

Jasmin berkata, suspek ditahan bersama kenderaan yang digunakannya serta dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau untuk tindakan lanjut.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 (Akta 792) kerana melakukan amang seksual," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!