Kedai Kucing dan Kopi



Pemilik kedai Kucing dan Kopi Muhammad Shafiq Nazaruddin, 31 menyediakan kopi yang dipesan pelanggan semalam.
Rasa kasih mendalam terhadap kucing, mendorong seorang pemilik Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Petroleum mengambil keputusan berani menceburkan diri dalam perniagaan berkonsepkan haiwan dikenali sebagai “Kucing dan Kopi” di Rasah Prima di sini.
Shafiq berkata perniagaan bermula dengan membuka hotel dan spa 'grooming' kucing kemudian sambutan menggalakkan daripada pelanggan seterusnya mencetuskan idea untuk mengembangkan konsep perniagaan kepada sebuah ruang santai ala kafe.
Beliau berkata perniagaan itu tercetus daripada hobinya membela lebih 100 ekor kucing pelbagai baka, termasuk British Shorthair, Persian, Maine Coon, Scottish Fold, Sphynx dan beberapa lagi baka dari dalam serta luar negara.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
