Rayuan pertukaran penempatan pegawai perubatan kontrak dibuka

Rayuan pertukaran penempatan pegawai perubatan kontrak Gred UD10 yang telah ditawarkan lantikan tetap dibuka selama tujuh hari mulai Selasa hingga jam 5 petang Isnin depan. Gambar hiasan
Rayuan pertukaran penempatan pegawai perubatan kontrak Gred UD10 yang telah ditawarkan lantikan tetap dibuka selama tujuh hari mulai Selasa hingga jam 5 petang Isnin depan. Gambar hiasan
A
A
A

PUTRAJAYA - Rayuan pertukaran penempatan pegawai perubatan kontrak Gred UD10 yang telah ditawarkan lantikan tetap dibuka selama tujuh hari mulai Selasa hingga jam 5 petang Isnin depan.

Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi kenyataan memaklumkan rayuan pertukaran penempatan boleh dibuat melalui borang yang telah disediakan dalam hebahan sistem ePlacement.

Menurut kementerian itu, hanya rayuan yang dikemukakan dengan dokumen lengkap dalam tempoh ditetapkan akan dipertimbangkan oleh Jawatankuasa Rayuan Penempatan dan Pertukaran (JKPP).

"Rayuan yang dikemukakan sebelum atau selepas tempoh ini tidak akan dipertimbangkan oleh JKPP bagi memastikan keputusan rayuan dapat dimaklumkan lebih awal dan tidak mengganggu garis masa serta urusan melapor diri bertugas di penempatan yang ditetapkan," katanya pada Selasa.

Ujar KKM, keputusan rayuan akan diumumkan pada 19 Ogos dan pegawai perubatan yang terlibat boleh membuat semakan melalui sistem ePlacement.

Terdahulu, KKM mengumumkan semakan keputusan pemilihan penempatan 2,248 pegawai perubatan kontrak Gred UD10 yang telah ditawarkan lantikan tetap melalui sistem ePlacement.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!