Dua beranak ditahan kes bunuh lelaki kerana hutang

Dua beranak ditahan polis kerana disyaki terlibat dalam kes pembunuhan seorang lelaki.
Dua beranak ditahan polis kerana disyaki terlibat dalam kes pembunuhan seorang lelaki.
A
A
A

AMPANG – Dua beranak diberkas polis kerana disyaki terlibat dalam kes pembunuhan seorang lelaki di Taman Pandan Perdana di sini baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, kejadian itu terbongkar selepas pihak polis menerima maklumat berhubung kematian mangsa daripada pihak Hospital Kuala Lumpur.

"Pada 22 Jun lalu kira-kira jam 7.16 malam, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya menerima panggilan daripada penolong pegawai perubatan memaklumkan tentang kematian mangsa di lokasi kejadian.

"Siasatan awal dijalankan di tempat kejadian dan kes pada ketika itu diklasifikasikan sebagai laporan kematian mengejut (SDR)," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Katanya, bagaimanapun hasil bedah siasat yang dijalankan di Unit Forensik, Hospital Ampang keesokan harinya mendapati terdapat unsur jenayah.

"Bedah siasat yang dijalankan pada 23 Jun sekitar jam 3 petang mendapati punca kematian melibatkan unsur jenayah.

"Siasatan kes kemudiannya diklasifikasikan semula di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.

Menurutnya, susulan itu, sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah (D9) IPD Ampang Jaya telah menahan dua suspek lelaki tempatan dalam siri serbuan antara 26 hingga 28 Jun lalu.

"Kedua-dua suspek yang ditahan adalah anak dan bapa, suspek pertama berusia 36 tahun bekerja sendiri manakala suspek kedua berusia 73 tahun dan tidak bekerja.

Artikel Berkaitan:

"Hasil serbuan turut merampas sebatang rotan buluh dan satu playar boleh laras yang dipercayai digunakan dalam kejadian," katanya.

Mohd Azam berkata, saringan air kencing yang dijalankan terhadap kedua-dua suspek didapati negatif dadah dan semakan rekod mendapati mereka tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

"Permohonan reman terhadap suspek pertama telah dibenarkan selama 14 hari manakala reman terhadap suspek kedua selama 13 hari.

"Siasatan awal mendapati motif kejadian dipercayai berpunca daripada isu melibatkan hutang," katanya.

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!