Perluas program Jelajah Antirasuah

Peserta CBB Kulai dan SMK Bandar Putera 2, Senai.
Peserta CBB Kulai dan SMK Bandar Putera 2, Senai.
A
A
A

JOHOR BAHRU – Program KPS Berhad ACT-I Jelajah Antirasuah bersama Rasuah Busters perlu diperluaskan lagi dalam usaha memerangi dan membanteras gejala rasuah di negara ini.

Tinjauan Sinar Harian ke dua lokasi penganjuran berkenaan iaitu di Syarikat Century Bond Bhd (CBB) dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Putera 2, Senai mendapati program berkenaan mendapat sambutan menggalakkan daripada masyarakat setempat.

Menurut Ketua Pegawai Kelestarian KPS Berhad, Zul Mawardi, program berkenaan mampu memantapkan lagi nilai integriti dalam kalangan pekerja dan seterusnya menjadi amanah penting bagi memastikan kelestarian syarikat dan juga negara.

Naib Presiden Servis Korporat CBB, Zainal Abu Bakar pula berkata, pihaknya menyokong penuh penganjuran program berkenaan yang bertujuan untuk membanteras gejala rasuah.

Peserta dari CBB, Kulai.
Peserta dari CBB, Kulai.

Malah katanya, program sedemikian perlu dijalankan secara berterusan dan menyeluruh bagi memupuk integriti dalam kalangan rakyat di negara ini.

"Program seperti ini tidak seharusnya tertumpu kepada pihak-pihak tertentu atau NGO (badan bukan kerajaan) sahaja, malah ia perlu melibatkan seluruh lapisan masyarakat," katanya.

Sementara itu, Pengurus Sumber Manusia CBB, Wong Pei Yee turut menyatakan sokongan terhadap usaha pencegahan rasuah di Malaysia.

Artikel Berkaitan:

Pei Yee yang baru kali pertama menyertai program Rasuah Busters mengakui teruja menyaksikan ketegasannya dalam usaha membanteras gejala rasuah.

"Saya lihat pendekatan yang dibawa di sini sangat baik kerana rasuah boleh merosakkan ekonomi, menjejaskan kepercayaan orang ramai dan akhirnya memberi kesan kepada keluarga kita sendiri," katanya.

Ikuti Program KPS Berhad ACT-I Jelajah Antirasuah yang akan berlangsung di negeri Selangor dalam memupuk integriti dalam kalangan rakyat di negara ini.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!