300 peserta sertai bacaan Yasin #QuranHour, semarakkan ukhuwah

Peserta program Yasin #QuranHour mengambil gambar bersama selepas selesai doa selamat.
Peserta program Yasin #QuranHour mengambil gambar bersama selepas selesai doa selamat.
A
A
A

BUTTERWORTH – Seramai 300 peserta mengisi masa hujung minggu dengan menyertai program Yasin #QuranHour anjuran Rumah Ngaji Pulau Pinang yang diadakan di Surau Al-Ikhwan, Mak Mandin di sini pada Ahad.

Penyelaras Rumah Ngaji Pulau Pinang, Zaiton @ Zariyah Abdullah berkata, objektif utama penganjuran adalah memberi peluang kepada masyarakat memahami serta mengamalkan mesej ALLAH SWT yang terkandung dalam Surah Yasin.

Selain itu, katanya, melalui program ilmu ini, surau serta kawasan sekitar Mak Mandin dapat diimarahkan dengan majlis ilmu yang bermanfaat.

Kira-kira 300 peserta dari beberapa Rumah Ngaji sekitar Seberang Perai mengambil bahagian dalam Yasin #QuranHour yang diadakan pada Ahad.
Kira-kira 300 peserta dari beberapa Rumah Ngaji sekitar Seberang Perai mengambil bahagian dalam Yasin #QuranHour yang diadakan pada Ahad.

"Program ini diadakan bertujuan menyemarakkan ukhuwah Islamiah, khususnya pada hari yang mulia, 10 Muharam," katanya ketika ditemui Sinar Harian di sini, pada Ahad.

Zaiton berkata, antara pengisian Yasin #QuranHour, peserta akan dibimbing dengan sesi tadabbur Surah Yasin yang disampaikan oleh Ustaz Harfiz Hamzah daripada Sinergi Ikhlas.

Katanya, majlis diikuti dengan bacaan Surah Yasin dan doa selamat.

"Rumah Ngaji Pulau Pinang berharap penganjuran Yasin #QuranHour ini dapat memberi kefahaman yang lebih mendalam kepada masyarakat, khususnya golongan yang rajin membaca al-Quran tetapi kurang memahami mesejnya secara menyeluruh.

Artikel Berkaitan:

"Dengan pendekatan yang lebih santai dan terbuka, kita harap program ini mampu mengangkat semula peranan surau sebagai pusat ilmu dan perpaduan ummah," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!