Kereta dipandu laju terbalik di lokasi nahas 3 maut Mac lalu

Keadaan kereta yang terbalik selepas hilang kawalan di Jalan Persiaran 1, Senawang pada Sabtu.
Keadaan kereta yang terbalik selepas hilang kawalan di Jalan Persiaran 1, Senawang pada Sabtu.
A
A
A

SEREMBAN - Sebuah kereta dipercayai dipandu laju hilang kawalan sebelum terbabas dan terbalik di laluan bertentangan di Jalan Persiaran 1, Senawang pada malam Sabtu.

Insiden itu berlaku hanya beberapa meter dari lokasi nahas di persimpangan lampu isyarat Mentari Height yang mengorbankan tiga nyawa Mac lalu.

Beberapa rakaman video di lokasi kejadian tular di media sosial menunjukkan orang awam yang berada di lokasi kejadian membantu menterbalikkan kereta tersebut bagi menyelamatkan pemandu.

Bagaimanapun keadaan pemandu masih belum dapat dipastikan.

Kenderaan ini turut mengalami kerosakan dipercayai akibat perlanggaran dengan kereta terbabit.
Kenderaan ini turut mengalami kerosakan dipercayai akibat perlanggaran dengan kereta terbabit.

Difahamkan terdapat sebuah lagi kenderaan turut dilaporkan mengalami kerosakan, dipercayai akibat perlanggaran dengan kereta yang terbabit.

Pengguna media sosial mendakwa kemalangan tersebut berlaku disebabkan kereta terbabit sedang berlumba namun tidak dipastikan kesahihan mengenainya.

Sementara itu Sinar Harian sedang mendapatkan maklum balas lanjut daripada Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din berhubung kejadian.

Artikel Berkaitan:

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!