Lelaki maut dipercayai terjatuh dari tingkat tiga hotel

Seorang lelaki tempatan ditemukan maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat tiga bangunan hotel di sebuah pusat beli-belah di sini pada Jumaat. Gambar hiasan
Seorang lelaki tempatan ditemukan maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat tiga bangunan hotel di sebuah pusat beli-belah di sini pada Jumaat. Gambar hiasan
A
A
A

SEREMBAN - Seorang lelaki tempatan ditemukan maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat tiga bangunan hotel di sebuah pusat beli-belah di sini pada Jumaat.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Negeri Sembilan dalam kenyataan memaklumkan pihaknya menerima laporan berkenaan insiden membabitkan mangsa berusia 59 tahun itu pada 8.17 malam.

"Mangsa dilaporkan jatuh dari tingkat tiga dan tersangkut di tingkat satu pusat beli-belah itu sebelum disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan.

"Mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” menurut kenyataan itu di sini malam ini. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!