[VIDEO] Dangdut di kubur?

Paparan Instagram Depok24jam memuat naik rakaman video memaparkan beberapa individu sedang mendengar lagu dangdut di tanah perkuburan.
Paparan Instagram Depok24jam memuat naik rakaman video memaparkan beberapa individu sedang mendengar lagu dangdut di tanah perkuburan.
A
A
A

JAWA BARAT - Aksi sekumpulan individu yang memasang muzik dangdut di tanah perkuburan di Pancoranmas, Kota Depok, Jawa Barat, Indonesia diselar netizen kerana menganggap perbuatan itu memalukan.

Video berkenaan dimuat naik pengguna Instagram Depok24jam yang menunjukkan kumpulan terbabit berada di tengah tanah perkuburan diiringi muzik dangdut.

Seorang warga emas yang juga penduduk di kawasan berkenaan mendakwa sudah membuat aduan kepada pihak berkaitan tetapi tiada pihak yang mengambil tindakan.

Fuad, 60, berkata, dia dan pihak berkuasa sudah menegur perbuatan itu tetapi kumpulan berkenaan tetap meneruskan aktiviti berkenaan.

Menurut Fuad, acara itu dilakukan hampir sebulan sekali dan dianjurkan setiap malam pada hujung minggu.

"Acara itu akan mula jam 8 malam, kadang-kadang petang sudah mula. Kira-kira 20 orang dipercayai menyertai acara tersebut termasuk beberapa penduduk tempatan dan orang dari bandar.

"Selain menggunakan pembesar suara terdapat juga individu akan menyanyikan lagu dangdut," katanya.

Video yang tular itu menerima kecaman netizen dan mahu pihak berkuasa mengambil tindakan.

Artikel Berkaitan:

Kata imma, "Mereka tidak berasa malu ke, Ya ALLAH, tiada tindakan dari pihak berkuasa ke."

"Ada beberapa ahli keluarga yang tinggal berhampiran rasa terganggu dengan acara itu," kata shalehasha.

Ujar Malik, "Astaghfirullah, perlakuan mereka ini memalukan."