Cadangan ternakan diperdengar al-Quran belum dibincang

Che Abdullah menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penerima di sini.
Che Abdullah menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penerima di sini.
A
A
A

KOTA BHARU – Idea memperdengarkan bacaan al-Quran kepada lembu bagi menghasilkan daging berkualiti di negeri ini belum dibincangkan atau di bawa ke peringkat Persekutuan.

Timbalan Menteri II, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata, idea tersebut pernah dicadangkan kepada beliau ketika membarisi Exco Kerajaan Negeri Kelantan sebelum ini.

Bagaimanapun, sebarang usaha untuk menghasilkan produk makanan berkualiti di peringkat Pusat akan diputuskan pihaknya melalui Datuk Seri Dr Ronald Kiandee.

“Belum ada (cadangan) lagi. Cuma pada masa itu saya diberi cadangan kerana lembu berkualiti tinggi di Jepun diperdengarkan alunan muzik. Kami difahamkan ketenangan itulah menghasilkan daging dan tenusu lebih berkualiti.

“Jadi ada cadangan pada masa itu, kemungkinan untuk kita lihat barangkali muzik boleh tenangkan binatang, maka alunan ayat suci juga boleh membantu,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu, beliau menyampaikan sumbangan bantuan beras di bawah Skim Al-It’am di Wakaf Bharu yang dihadiri lebih 200 penduduk setempat.

Sementara itu, mengulas lanjut mengenai pelantikannya, Che Abdullah berkata, beliau optimis dengan tanggungjawab yang diberikan dan berharap dapat berkhidmat sebaik mungkin untuk rakyat.

“Saya akan guna pengalaman sebagai Exco Kerajaan Negeri dalam bidang pertanian sebelum ini untuk memperkasakan sektor pertanian dan industri makanan dalam negara," katanya.

Artikel Berkaitan: