Puluhan maut, hilang akibat banjir kilat

Hujan lebat telah memusnahkan jalan raya, merosakkan rumah serta mengakibatkan tanah runtuh dan banjir kilat di Himachal dan negeri sempadan Uttarakhand. Foto fail Reuters
Hujan lebat telah memusnahkan jalan raya, merosakkan rumah serta mengakibatkan tanah runtuh dan banjir kilat di Himachal dan negeri sempadan Uttarakhand. Foto fail Reuters
A
A
A

NEW DELHI - Puluhan orang dilaporkan maut atau hilang di negeri Himachal Pradesh di utara India susulan kejadian hujan lebat dan banjir kilat.

Menurut laporan media tempatan dan pegawai pada Rabu, sekurang-kurangnya 10 mayat ditemukan manakala lebih 30 lagi masih hilang di daerah Mandi.

Ketua Menteri Himachal Pradesh Sukhvinder Singh Sukhu berkata daerah Mandi terjejas teruk akibat hujan lebat dengan harta benda awam dan persendirian mengalami kerosakan serius.

Hujan lebat telah memusnahkan jalan raya, merosakkan rumah serta mengakibatkan tanah runtuh dan banjir kilat di Himachal dan negeri sempadan Uttarakhand.

Sekurang-kurangnya 65 orang maut akibat kejadian berkaitan hujan di Uttarakhand pada Jun. - Bernama

 

 

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!