Bubbles O2 dianugerahkan SuperBrands 2025

Ain Azizah (tengah) menerima pengiktirafan The Brandlaureate Entrepreneur Awards 2024 melalui kategori Entrepreneur of The Year (FMCG) daripada Pengerusi Capital CAK Berhad, Tengku Datuk Dr Hishammuddin Zaizi Azman Shah Alhaj (dua dari kanan).
Ain Azizah (tengah) menerima pengiktirafan The Brandlaureate Entrepreneur Awards 2024 melalui kategori Entrepreneur of The Year (FMCG) daripada Pengerusi Capital CAK Berhad, Tengku Datuk Dr Hishammuddin Zaizi Azman Shah Alhaj (dua dari kanan).
A
A
A

Jenama air mineral tempatan, BubblesO2, terus mencipta pencapaian membanggakan apabila dianugerahkan Superbrands Malaysia 2025.

Ia merupakan pengiktirafan berprestij yang mengiktiraf jenama terkemuka yang menunjukkan kekuatan pasaran, reputasi kukuh serta inovasi berterusan.

Pengiktirafan itu hadir ketika syarikat mencatat lonjakan permintaan melebihi 200 peratus, didorong oleh pertumbuhan pesat dalam pasaran domestik serta kemasukan ke pasaran antarabangsa.

Pengarah Urusan Bubbles O2, Ain Azizah Arifi n berkata, sebagai langkah strategik, pengembangan fasiliti pengeluaran fasa kedua sedang dilaksanakan bagi memenuhi keperluan bekalan yang semakin meningkat.

“Ini bukan sekadar kejayaan syarikat tetapi bukti bahawa jenama tempatan mampu bersaing di peringkat global dengan produk yang berkualiti dan berasaskan sumber semula jadi.

 

Ain Azizah di kilang pembotolan air BubblesO2 yang terletak di Negeri Sembilan.
Ain Azizah di kilang pembotolan air BubblesO2 yang terletak di Negeri Sembilan.

“Air kami mengandungi oksigen terlarut secara semula jadi, tanpa sebarang penambahan buatan,” kata Ain Azizah yang mengetuai syarikat sejak awal transformasinya.

Artikel Berkaitan:

Gabungan kepimpinan muda dan kepakaran teknikal

Di sebalik kejayaan komersial itu, BubblesO2 turut disokong oleh kekuatan teknikal dalaman, diketuai Ketua Pegawai Eksekutifnya, Abdul Aziz Arifin.

Abdul Aziz ialah seorang jurutera berpengalaman dalam bidang pembangunan sumber semula jadi dan industri kejuruteraan di Amerika Syarikat.

“Kami membina sistem yang mampan daripada pemilihan sumber hingga ke pengguna akhir untuk memastikan setiap botol mengekalkan ketulenan mineral dan struktur oksigen yang tinggi,” jelas beliau yang kini menerajui pelan pembangunan jangka panjang syarikat.

Air mineral BubblesO2 dibotolkan terus dari sumber bawah tanah terpilih dan diproses secara minimal bagi mengekalkan ciri-ciri asalnya.

Keunikan BubblesO2 yang mengandungi tahap oksigen terlarut yang tinggi secara semula jadi menjadikannya semakin mendapat tempat dalam kalangan pengguna aktif, atlet dan mereka yang mengutamakan kesihatan.

Sejak 2023, produk Bubbles O2 telah berjaya menembusi pasaran Amerika Syarikat, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Brunei, Indonesia dan kini dalam peringkat akhir rundingan untuk meluaskan eksport ke Afrika Selatan dan Eropah menjelang pertengahan 2026.

Abdul Aziz (dua dari kiri) bersama Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh (tiga dari kiri) dalam satu majlis, baru-baru ini.
Abdul Aziz (dua dari kiri) bersama Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh (tiga dari kiri) dalam satu majlis, baru-baru ini.

Kejayaan itu turut disokong oleh keterlibatan jenama dalam acara berprofil tinggi seperti Le Tour de Langkawi, Sukan SEA, MotoGP SIC, serta penajaan rasmi Liga Malaysia (MFL).

Walaupun syarikat baru berusia enam tahun dalam industri, Bubbles O2 telah menerima pelbagai pengiktirafan industri termasuk BrandLaureate Fast Moving Growing Sustainable Brand 2024 serta Entrepreneur of The Year bagi kategori FMCG.

Pencapaian itu membuktikan bahawa jenama tempatan mampu mencipta impak besar walaupun bermula dari bawah.

Komitmen terhadap pertumbuhan mampan

Syarikat air mineral semula jadi ini kini mempunyai lebih 170 tenaga kerja tetap dan sambilan, Bubbles O2 turut komited dalam menyumbang kepada pembangunan komuniti dan ekosistem usahawan tempatan.

Syarikat menjalinkan kerjasama strategik bersama agensi pembangunan seperti Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), SME Corp, Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan Perbadanan Nasional Bhd (PERNAS) dalam memastikan pertumbuhan syarikat turut membawa manfaat kepada rakyat.

“Kami mahu rakyat Malaysia berasa bangga apabila melihat botol BubblesO2 berada di rak pasar raya luar negara. Ini bukan sekadar kejayaan syarikat, ia kejayaan bersama,” tambah Ain Azizah.

Menjadi lambang produk tempatan bertaraf dunia

Dalam keadaan pasaran dan permintaan global terhadap produk yang lebih sihat, telus dan lestari, Bubbles O2 muncul sebagai lambang baharu jenama Malaysia yang bersedia untuk bersaing di peringkat dunia.

Dengan strategi berasaskan nilai, inovasi dan integriti sumber, syarikat ini kini bersedia untuk melangkah ke fasa pertumbuhan seterusnya.

 

 

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!