Fadil Marsus pangku jawatan Pengarah JSJ Bukit Aman

Fadil (kanan) dilantik memangku tugas Pengarah JSJ.
Fadil (kanan) dilantik memangku tugas Pengarah JSJ.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Timbalan Pengarah (Risikan/Operasi), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Bukit Aman, Datuk Fadil Marsus dilantik memangku tugas Pengarah JSJ.

Beliau menggantikan Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain yang dilantik sebagai Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS).

Majlis serah terima tugas itu disaksikan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail.

Majlis yang berlangsung di Bukit Aman pada Isnin itu dimulakan dengan upacara menandatangani dan pertukaran dokumen serah terima tugas antara Fadil dan Mohd Shuhaily.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata, pertukaran tersebut bukan sekadar urusan pentadbiran, tetapi langkah strategik menyebar luas ciri kepimpinan budaya kerja Polis Diraja Malaysia (PDRM) di pelbagai agensi penguat kuasa.

"Sekali gus mewujudkan keseragaman yang diyakini, berupaya memperkukuhkan keutuhan organisasi serta meningkatkan keberhasilan Negara," katanya dalam Majlis Serah Terima Tugas Pengarah JSJ di Bukit Aman, di sini, pada Isnin.

Mohd Khalid berkata, kepimpinan dan warga PDRM turut bangga atas kepercayaan yang telah diberikan oleh kerajaan menerusi pelantikan Mohd Shuhaily sebagai Ketua Pengarah AKPS.

"Saya pasti Mohd Shuhaily dapat mengalas amanah dengan sebaiknya dengan memastikan langkah strategik yang dirangka bersama mandat kepercayaan bagi memperkasa lagi kawalan keselamatan negara dapat dicapai," katanya.

Beliau berkata, pintu masuk utama negara perlu dikawal dengan ketat bagi memastikan ia tidak dibolosi apa juga ancaman keselamatan.

Artikel Berkaitan:

"Ia sejajar dengan aspirasi kerajaan untuk mempertingkatkan tahap kecekapan serta integriti pengurusan di perbatasan tanah air," katanya.

Mengulas lanjut Mohd Khalid berkata, beliau yakin dengan Fadil dapat meneruskan kecemerlangan JSJ dengan penuh dedikasi.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!