Pekerja kedai besi buruk maut ditetak rakan sekerja

Seorang lelaki maut dibunuh selepas bergaduh dengan rakan sekerja di sebuah kedai besi buruk di Kampung Batu, Off Jalan Ipoh pada Ahad. - Gambar hiasan
Seorang lelaki maut dibunuh selepas bergaduh dengan rakan sekerja di sebuah kedai besi buruk di Kampung Batu, Off Jalan Ipoh pada Ahad. - Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki warga tempatan maut dibunuh selepas bergaduh dengan rakan sekerja di sebuah kedai besi buruk di Kampung Batu, Off Jalan Ipoh, di sini pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Ahmad Sukarno Mohd Zahari berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berkaitan insiden itu daripada pemilik premis pada jam 11.33 malam.

"Mangsa berusia 37 tahun dipercayai telah bertengkar dengan seorang lelaki warga Myanmar ketika berada dalam keadaan mabuk," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Ahmad Sukarno berkata, pasukan forensik dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur bersama Unit Anjing Pengesan (K9) Bukit Aman telah hadir ke lokasi kejadian.

"Pemeriksaan awal mendapati mangsa tidak berbaju dan memegang sebilah parang di tangan kirinya.

“Terdapat kesan kecederaan pada bahu kanan, kepala bahagian kiri, leher, dagu kiri serta kesan lubang pada bahu mangsa," katanya.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati sebelum kejadian, mangsa dan suspek dipercayai minum minuman keras bersama di premis berkenaan sebelum berlaku pertengkaran.

"Suspek telah melarikan diri selepas insiden dan kita sedang giat mengesan lelaki tersebut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!