Lelaki jarakkan diri dengan orang ramai guna cakera gergasi

Lelaki ini memakai cakera gergasi itu ketika berkunjung ke pasar Testaccio di Rom. - Foto: Agensi
Lelaki ini memakai cakera gergasi itu ketika berkunjung ke pasar Testaccio di Rom. - Foto: Agensi
A
A
A

ROM - Seorang lelaki di Itali mempunyai cara tersendiri untuk menghalang jangkitan koronavirus (Covid-19) selepas ia diisytiharkan sebagai pandemik oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) semalam.

Menerusi klip dikongsikan di Twitter, lelaki itu mengambil langkah ekstrem memakai cakera gergasi sebagai usaha untuk menjarakkan dirinya dengan orang ramai selepas 827 kematian dan 12,462 kes jangkitan dilaporkan di Itali.

Cara kreatif individu tersebut ketika berkunjung ke pasar Testaccio di Rom turut menerima pelbagai reaksi pengguna media sosial.

Ketika disoal individu yang merakamkan gelagatnya tentang apakah tujuan jarak keselamatan itu, lelaki itu dengan pantas menjawab, "Untuk koronavirus."

Jarak sosial yang disarankan WHO adalah pada kira-kira 1 meter dengan individu lain yang batuk atau bersin memandangkan titisan cecair yang dibebaskan itu mungkin mengandungi virus. - Agensi

Artikel Berkaitan: