Poland beku kenaikan tarif elektrik hingga akhir tahun

Donald Tusk. Foto AFP
Donald Tusk. Foto AFP
A
A
A

WARSAW - Perdana Menteri Poland, Donald Tusk pada Selasa mengumumkan harga elektrik bagi pengguna individu akan terus dibekukan sehingga hujung tahun ini sebagai langkah mengurangkan beban kos sara hidup akibat ketidaktentuan pasaran global.

Harga elektrik sebelum ini dihadkan pada 500 zloty (RM642) bagi setiap megawatt-jam (MWh) dan had tersebut dijadual berakhir pada September. Namun, ia kini dilanjutkan hingga Disember 2025.

“Pengguna elektrik individu boleh menarik nafas lega. Harga yang dibekukan hingga akhir September kini dilanjutkan dengan selamat hingga akhir tahun," kata Tusk dalam sidang media.

Langkah ini dibuat selepas rundingan dengan Menteri Iklim dan Alam Sekitar, Paulina Hennig-Kloska, yang sebelum ini menyatakan keputusan lanjutan bergantung kepada analisis kadar baharu yang dikemukakan syarikat tenaga.

Menurut peraturan semasa, semua penyedia tenaga perlu mengemukakan cadangan tarif baharu mereka selepas September kepada Pejabat Kawal Selia Tenaga menjelang akhir Julai.

Tusk turut menjelaskan bahawa penurunan harga pasaran tenaga ketika ini menunjukkan tiada perubahan besar dijangka dalam tarif tahun hadapan dari sudut pengguna. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!