Kelindan maut nahas lori, treler di Lebuhraya Utara-Selatan

Seorang kelindan maut dalam nahas di Kilometer 79.9 Lebuh Raya Utara Selatan (arah selatan) pagi Rabu.- Foto: JBPM
Seorang kelindan maut dalam nahas di Kilometer 79.9 Lebuh Raya Utara Selatan (arah selatan) pagi Rabu.- Foto: JBPM
A
A
A

BATU PAHAT – Seorang lelaki maut manakala dua lagi terselamat dalam kemalangan melibatkan sebuah lori lima tan dan treler di Kilometer 79.9 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan berhampiran Ayer Hitam pagi Rabu.

Mangsa berusia 26 tahun yang bertugas sebagai kelindan lori disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.

Menurut Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Ayer Hitam Pegawai Bomba Kanan II Nazrul Rahman Rosdi, kejadian dilaporkan berlaku kira-kira jam 8.55 pagi.

Seorang kelindan maut dalam nahas di Kilometer 79.9 Lebuh Raya Utara Selatan (arah selatan) pagi Rabu.- Foto: JBPM
Seorang kelindan maut dalam nahas di Kilometer 79.9 Lebuh Raya Utara Selatan (arah selatan) pagi Rabu.- Foto: JBPM

Seramai enam anggota bersama sebuah jentera FRT ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan jam 8.58 pagi.

“Kemalangan melibatkan tiga individu iaitu pemandu lori berusia 40 tahun, kelindan berusia 26 tahun dan pemandu treler berusia 34 tahun.

“Kedua-dua pemandu selamat manakala kelindan lori maut di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan.

Artikel Berkaitan:

Seorang kelindan maut dalam nahas di Kilometer 79.9 Lebuh Raya Utara Selatan (arah selatan) pagi Rabu.- Foto: JBPM
Seorang kelindan maut dalam nahas di Kilometer 79.9 Lebuh Raya Utara Selatan (arah selatan) pagi Rabu.- Foto: JBPM

Tambahnya, lori tersebut membawa muatan aksesori tandas, manakala treler terbabit dipercayai membawa peralatan mixer.

“Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut selepas disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!