Tiada isu bantahan pelantikan ketua kampung dibangkitkan: Rina

Rina bertanya khabar dengan Exco-Exco Luar Bandar yang hadir ke mesyuarat tersebut.
Rina bertanya khabar dengan Exco-Exco Luar Bandar yang hadir ke mesyuarat tersebut.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Tiada isu bantahan pelantikan ketua kampung dibangkitkan dalam Mesyuarat Penyelarasan Antara Menteri Pembangunan Luar Bandar Dengan Exco Luar Bandar, semalam.

Perkara itu disahkan sendiri oleh Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Rina Mohd Harun.

"Tidak ada yang kata pasal tak berpuas hati," katanya kepada pemberita pada sidang media selepas mesyuarat tersebut.

Rina berkata, bagaimanapun, terdapat cadangan di dalam mesyuarat itu agar diwujudkan kampung tradisi baharu di tanah rancangan Felda. "Mereka meminta supaya untuk Felda terutamanya peneroka yang telah mendapat geran individu. Jadi Johor bercadang agar ada diwujudkan kampung tradisi yang baru.

"Mereka akan berikan senarai kepada pihak kementerian untuk diwujudkan MPKK (Majlis Pengurusan Komuniti Kampung) di kampung-kampung tersebut," katanya.

Ditanya mengenai kriteria untuk menubuhkan kampung tradisi baharu, beliau berkata, perkara itu akan diserahkan kepada kerajaan negeri.

Katanya, kerajaan negeri yang akan menentukan (pewartaan) apabila membentuk sesebuah kampung yang baru.

"Beberapa kriteria diambil kira sebagai contoh berapa bilangan rumah dan penduduk di sesuatu kawasan itu. Dan kita lihat bahawa yang ini daripada Felda yang dulu dalam satu kawasan Felda, tapi telah diberikan geran individu.

Artikel Berkaitan:

"Maka mereka ini boleh untuk menubuhkan MPKK dan lain-lain itu kita perlukan pengesahan daripada kerajaan negeri," katanya.