Doktor, jururawat cedera ambulans terbalik

Ambulans yang membawa petugas kesihatan terbalik dalam kejadian di bulatan Melawa Jalan Salut Pusat Komersial Sepanggar, Kota Kinabalu.
Ambulans yang membawa petugas kesihatan terbalik dalam kejadian di bulatan Melawa Jalan Salut Pusat Komersial Sepanggar, Kota Kinabalu.
A
A
A

KOTA KINABALU - Tiga petugas kesihatan, termasuk seorang doktor lelaki, berdepan detik cemas apabila ambulans yang mereka naiki terbabas lalu terbalik dalam kejadian di Bulatan Melawa, Jalan Salut, Pusat Komersial Sepanggar, dekat sini awal pagi Isnin.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.50 pagi itu, doktor dan jururawat wanita mengalami kecederaan ringan, manakala pemandu lelaki tidak mengalami sebarang kecederaan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu, Ordine Gilu berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 1.55 pagi.

Katanya, seramai 14 anggota dari BBP Kota Kinabalu dan BBP Lintas dikejarkan ke lokasi kejadian yang terletak sejauh 23 kilometer.

Kemalangan melibatkan sebuah jentera ambulans KKM yang dipercayai terbabas sendiri lalu terbalik.
Kemalangan melibatkan sebuah jentera ambulans KKM yang dipercayai terbabas sendiri lalu terbalik.

“Kemalangan melibatkan sebuah jentera ambulans Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang dinaiki tiga petugas kesihatan dan dipercayai terbabas sendiri lalu terbalik, menyebabkan dua daripadanya mengalami kecederaan ringan.

“Pasukan bomba kemudian memberikan rawatan awal kepada mangsa yang cedera sebelum mereka dihantar ke Hospital Queen Elizabeth I (HQEI) menggunakan jentera Perkhidmatan Perubatan Perawatan Kecemasan (EMRS),” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Artikel Berkaitan:

Beliau menambah, operasi ditamatkan pada jam 2.37 pagi selepas pasukan bomba memastikan tiada bahaya lain di lokasi kejadian.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!