Penganggur didakwa liwat budak lelaki dalam kontena

Che Asmizan (tengah) tiba di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pada Ahad.
Che Asmizan (tengah) tiba di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pada Ahad.
A
A
A

KOTA BHARU – Seorang penganggur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Ahad atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal dengan cara meliwat seorang kanak-kanak lelaki dalam sebuah kontena minggu lalu.

Tertuduh, Che Asmizan Che Jaafar, 34, membuat pengakuan tersebut di hadapan Hakim Zulkifli Abdullah.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan amang seksual fizikal dengan cara meliwat mangsa berusia 10 tahun lima bulan dalam sebuah kontena kosong berhampiran Stesen Bas Lembah Sireh, di sini, pada jam 8 pagi, 12 Jun lalu.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 14(d) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 (Akta 792) dan boleh dihukum di bawah akta sama.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan turut dikenakan hukuman sebat.

Pada prosiding itu, Timbalan Pendakwa Raya, Kamarul Hasyime Rosli tidak menawarkan jaminan terhadap tertuduh dan memohon tarikh sebutan semula kes.

Tertuduh yang menetap di Kampung Kok Pasir, Tumpat tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan 21 Julai ini sebagai tarikh sebutan semula kes dan tidak membenarkan tertuduh diikat jamin.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!