Jadilah pengguna bijak

Rakyat yang bijak tenaga adalah rakyat yang bijak masa depan.
Rakyat yang bijak tenaga adalah rakyat yang bijak masa depan.
A
A
A

PENGGUNAAN tenaga secara bijak bukan hanya soal penjimatan kewangan, tetapi juga soal masa depan negara dan generasi akan datang.

Semakin kita peka terhadap kesan penggunaan harian, semakin cerah peluang untuk membina sistem tenaga yang stabil, bersih dan mampu bertahan.

Rakyat yang bijak tenaga adalah rakyat yang bijak masa depan.

Malah pada masa kini, penggunaan tenaga secara cekap dan berhemah bukan lagi sekadar pilihan, tetapi satu keperluan sekiranya mahu menikmati penjimatan bil elektrik, sekali gus mengelak daripada menanggung kadar caj yang lebih tinggi.

Buktinya, baru-baru ini Suruhanjaya Tenaga dalam satu kenyataan berkata,bagi membantu pengguna mendapatkan bil elektrik yang lebih rendah, Suruhanjaya Tenaga menyelaras dan memperluaskan pelaksanaan skim Masa Penggunaan (Time of Use atau TOU) dengan melanjutkan tempoh luar waktu puncak.

“Skim Masa Penggunaan atau Time of Use (TOU) telah diselaras dan diperluas kepada tempoh luar puncak yang lebih panjang iaitu keseluruhan hari Sabtu, Ahad serta dari jam 10 malam hingga 2 petang pada hari Isnin hingga Jumaat.

Menurut Pensyarah Fakulti Ekonomi dan Muamalat Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Profesor Dr Nuradli Ridzwan Shah Mohd Dali berkata, amalan penggunaan elektrik luar waktu puncak dijangka memberi penjimatan sehingga 20 peratus kepada pengguna domestik di negara ini.

Katanya, langkah susulan pelaksanaan Insentif Cekap Tenaga itu boleh mendorong kepada perubahan tabiat pengguna dalam menggunakan barangan elektrik sekali gus mengurangkan perbelanjaan kos sara hidup harian mereka.

Artikel Berkaitan:

“Sebagai contoh, dari jam 2 petang hingga 10 malam, kita sedia maklum waktu tersebut orang mula balik kerja. Jadi penggunaan elektrik tentu akan banyak waktu itu.

“Jika penggunaan elektrik ketika masa bukan puncak membolehkan pengguna mendapat diskaun harga, maka ia akan mengubah tabiat mereka.

“Kesannya, apabila tabiat bertukar, maka ia akan mempengaruhi kos sara hidup atau lebih tepat lagi kos kita dalam menggunakan elektrik itu dapat dikurangkan,”ujarnya.

Namun timbul juga persoalan lain sama ada pengguna benar-benar bersedia memahami waktu puncak dan bukan puncak?

Ini kerana realitinya, sebahagian besar rakyat Malaysia gemar menggunakan tenaga berdasarkan keselesaan dan kebiasaan, bukan atas dasar kecekapan.

Semua ini memberi tekanan besar kepada sistem tenaga dan kos penjanaan yang lebih tinggi.

Oleh itu, mulai sekarang jadilah kita pengguna yang bijak.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!