10 peluru berpandu paling berkuasa di dunia

R-36M
R-36M
A
A
A

PELURU berpandu antara benua (ICBM) merupakan salah satu senjata paling hebat yang digunakan untuk menunjukkan kekuatan ketenteraan sesebuah negara atau mempertahankan diri.

Misil tersebut merupakan komponen sistem pertahanan sesebuah negara kerana ia berupaya membawa kepala peledak nuklear dan menuju ke sasaran sejauh ribuan kilometer.

Sebahagian peluru berpandu boleh boleh menjangkau hingga 18,000 kilometer (km).

Berikut ialah 10 misil balistik jarak jauh yang paling digeruni di dunia, di tengah-tengah situasi yang semakin tegang dek konflik kian meruncing di Asia Barat dan Perang Rusia-Ukraine.

1. RS-28 Sarmat (Rusia)

RS-28 Sarmat
RS-28 Sarmat

Ia turut digelar sebagai Satan II dan mampu terbang hingga 18,000km. Peluru berpandu ini direka untuk mengelak kesemua sistem pertahanan semasa dan berupaya membawa pelbagai kepala peledak nuklear.

Artikel Berkaitan:

2. R-36M (Rusia)

Meskipun ia lebih 'tua' berbanding ciptaan terkini, peluru berpandu ini boleh mencapai sasaran sejauh 16,000km dan berpotensi memberi impak kemusnahan dahsyat. R-36M berupaya membawa kepala peledak nuklear yang besar dan direka ketika Perang Dingin.

3. DF-41 (China)

DF-41
DF-41

Misil jarak jauh dibangunkan Beijng ini dan boleh terbang sehingga 15,000km. Ia boleh melancarkan pelbagai kepala peledak nuklear secara serentak dan boleh mencapai beberapa negara termasuk Amerika Syarikat (AS).

4. Minuteman III (AS)

Minuteman III
Minuteman III

Ia merupakan misil berasaskan darat utama AS dan mempunyai jarak jangkauan sehingga 13,000km. Peluru berpandu ini terkenal kerana tepat, boleh dipercayai dan pantas serta telah dikemaskini beberapa kali.

5. Hwasong-17 (Korea Utara)

Hwasong-17
Hwasong-17

Peluru berpandu terbesar dan paling berbahaya kerana berupaya membawa senjata nuklear ke tanah besar AS. Dianggarkan mempunyai jarak jangkauan sehingga 15,000km.

6. Trident II (D5) (AS, Britain)

Trident II (D5)
Trident II (D5)

Washington dan London menggunakan misil ini yang dilancarkan dari kapal selam. Ia merupakan komponen penting dalam pertahanan nuklear berikutan ia boleh membawa pelbagai kepala peledak nuklear dengan ketepatan tinggi dan terbang sejauh kira-kira 12,000km.

7. M51 (Perancis)

M51
M51

Peluru berpandu ini juga dilancarkan dari kapal selam dan boleh dilancarkan ke atas sasaran pada jarak 10,000km serta berupaya membawa beberapa kepala peledak nuklear. Ia merupakan bahagian penting dalam kuasa nuklear negara Eropah Barat itu.

8. JL-3 (China)

JL-3
JL-3

Misil paling canggih ini dilancarkan dari kapal selam dengan jarak jangkauan 9,000-12,000km. Ia berupaya mencapai sasaran yang jauh walaupun berada di dasar laut.

9. Agni-V (India)

Agni-V
Agni-V

Ia mempunyai jarak jangkauan 5,500-8,000km. Misil jarak jauh ini bertujuan untuk memperkukuhkan pertahanan India dan berupaya menembusi wilayah musuh jika wujud ancaman untuk bertindak balas.

10. Jericho III (Israel)

Jericho III
Jericho III

Peluru berpandu ini mempunyai jarak jangkauan 4,800-6,500km. Ia dilengkapi dengan kepala peledak nuklear dan didakwa berupaya mencapai sasaran yang jauh.

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!