Agong dipersembahkan taklimat pembinaan Masjid Tunku Laksamana Abdul Jalil

JOHOR BAHRU – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dipersembahkan taklimat berhubung perkembangan terkini pembinaan Masjid Tunku Laksamana Abdul Jalil.
Taklimat tersebut disampaikan sempena pertemuan baginda bersama Mufti Johor, Datuk Yahya Ahmad di Istana Pasir Pelangi di sini pada Khamis.
“Ia dibina hasil peninggalan wang anakanda Almarhum Tunku Abdul Jalil Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Laksamana Johor yang mangkat pada 5 Disember 2015,” titah baginda menerusi satu hantaran di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar pada Khamis.
Masjid berkenaan dibina di Jalan Kolam Air, berhampiran Istana Bukit Serene dan mampu menampung hampir 1,000 jemaah pada satu-satu masa.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

