SPRM perkenal MACC COPE uji kompetensi pegawai

MACC COPE dibangunkan dengan kerjasama antara Bahagian Khidmat Pengurusan (BKP) melalui Cawangan Penyelidikan dan Kompetensi serta Bahagian Pengurusan Rekod dan Maklumat (BPRM).
MACC COPE dibangunkan dengan kerjasama antara Bahagian Khidmat Pengurusan (BKP) melalui Cawangan Penyelidikan dan Kompetensi serta Bahagian Pengurusan Rekod dan Maklumat (BPRM).
A
A
A

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memperkenalkan ujian psikologi baharu atau MACC COPE (Competency and Psychology Evaluation) bagi menilai kecenderungan psikologi serta meningkatkan tahap kompetensi pegawai suruhanjaya itu.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan dan Profesional) SPRM, Datuk Indera Junipah Wandi berkata, inisiatif itu merupakan antara produk di bawah Pelan Pembangunan Sumber Manusia (PPSM) SPRM 2022-2025.

"Pelaksanaan MACC COPE turut selaras dengan Panduan Aplikasi Psikologi Dalam Pengurusan Sumber Manusia Sektor Awam yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

"Sebanyak enam domain utama dibangunkan panel iaitu personaliti, integriti, kesihatan mental, political savvy, kompetensi serta satu domain khas untuk SPRM iaitu minda siasatan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan pelancaran MACC COPE dalam Bengkel Penyelarasan Pelan Pembangunan Sumber Manusia Tahun 2026 hingga 2030 (PPSM2.0) Siri 1 pada Ahad.

Junipah berkata, MACC COPE dibangunkan dengan kerjasama antara Bahagian Khidmat Pengurusan (BKP) melalui Cawangan Penyelidikan dan Kompetensi serta Bahagian Pengurusan Rekod dan Maklumat (BPRM).

Menurutnya, ujian itu bertujuan menyediakan data sokongan untuk pembangunan kompetensi pegawai berdasarkan kecenderungan psikologi dan potensi modal insan di SPRM.

"SPRM juga menyediakan dasar mampan untuk warga kerja dan komited melaksanakannya menerusi penjajaran semua sektor iaitu operasi, pencegahan serta pengurusan dan profesionalisme.

"Ketiga-tiga sektor ini saling berkait dan menyokong antara satu sama lain,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata, pembangunan PPSM2.0 memberi tumpuan kepada pembudayaan integriti serta penginstitusian kapasiti dan kapabiliti selari dengan hala tuju Pelan Strategik SPRM bagi tempoh 2026 hingga 2030.

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!