Shell tambah pelaburan lebih RM9 bilion - PM

Anwar menerima kunjungan delegasi Shell di Parlimen pada Selasa.
Anwar menerima kunjungan delegasi Shell di Parlimen pada Selasa.
A
A
A

PUTRAJAYA – Syarikat gergasi bahan api dan tenaga, Shell, akan menambah pelaburan di negara ini melebihi RM9 bilion dalam tempoh dua hingga tiga tahun akan datang.

Perkara itu disuarakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Global Shell, Wael Sawan, dalam pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Selasa.

Menerusi satu hantaran di laman Facebook, Anwar memaklumkan bahawa pelaburan Shell itu dijangka mencipta peluang pekerjaan berkemahiran tinggi untuk rakyat Malaysia.

“Pelaburan ini adalah manifestasi keyakinan pelabur antarabangsa terhadap dasar ekonomi kita yang teguh dan kepimpinan yang jelas.

“Insya-ALLAH, Malaysia mampu terus melakar masa depan yang makmur dan berdaya saing,” katanya.

Jelas beliau, Shell bukan sahaja nama besar dalam dunia tenaga, tetapi telah menjadi rakan pelaburan utama negara dan sebahagian daripada perjalanan ekonomi Malaysia sejak sekian lama.

Terdahulu, Anwar menerima lawatan Wael Sawan bersama delegasi Shell di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur.

“Saudara Sawan menyuarakan keyakinan terhadap arah tuju negara.

Artikel Berkaitan:

“Saya manfaatkan kesempatan ini untuk berkongsi pendekatan strategik Kerajaan Madani dalam menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan yang stabil, mampan dan berdaya tahan, bukan hanya untuk hari ini, tetapi demi generasi mendatang,” ujar beliau.

 

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!