Zionis tembak penduduk Gaza tunggu trak bantuan

Hospital Nasser di selatan Gaza dibanjiri mangsa cedera. Foto AFP
Hospital Nasser di selatan Gaza dibanjiri mangsa cedera. Foto AFP
A
A
A

GENTING GAZA - Sekurang-kurangnya 51 penduduk Palestin terkorban pada Selasa ketika ribuan menanti trak bantuan di Khan Yunis, selatan wilayah itu.

Kementerian Kesihatan memaklumkan kira-kira 200 yang lain turut cedera dalam kejadian keganasan terbaharu itu.

Saksi mendakwa kereta kebal milik Pasukan Pertahanan Israel (IDF) membedil ke arah penduduk Palestin yang terdesak mengharapkan bantuan makanan di jalan utama di bandar selatan tersebut.

Hospital Nasser yang masih berfungsi ketika ini turut sesak dengan mangsa hingga memaksa sebahagian daripadanya terpaksa ditempatkan di koridor.

Sejak beberapa minggu lalu, Israel sengaja menyasarkan penduduk Palestin yang mahu mendapatkan bantuan termasuk di Yayasan Kemanusiaan Gaza (GHF) yang didakwa menjadi 'perangkap maut' buat golongan tersebut.

Pada Isnin, sekurang-kurangnya 23 terbunuh selepas IDF melepaskan tembakan ke arah ribuan penduduk Palestin yang cuba menghampiri hab bantuan tersebut di Rafah. - Agensi

 

 

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!