Persatuan Peguam Amerika saman pentadbiran Trump

ABA yang mempunyai kira-kira 400,000 ahli merupakan persatuan peguam sukarela terbesar di AS.
ABA yang mempunyai kira-kira 400,000 ahli merupakan persatuan peguam sukarela terbesar di AS.
A
A
A

WASHINGTON - Persatuan Peguam Amerika (ABA) memfailkan saman di mahkamah persekutuan di Washington, DC pada Isnin bagi menghalang apa yang disifatkan sebagai kempen intimidasi oleh pentadbiran Presiden Donald Trump terhadap firma guaman utama di negara itu, lapor Xinhua.

"Dalam sejarahnya, tidak pernah timbul keperluan yang begitu mendesak untuk ABA mempertahankan ahlinya, profesion mereka dan kedaulatan undang-undang itu sendiri," menurut petikan tuntutan mahkamah persatuan itu.

ABA yang mempunyai kira-kira 400,000 ahli merupakan persatuan peguam sukarela terbesar di Amerika Syarikat (AS).

Tuntutan itu menandakan peningkatan ketegangan antara ABA dan pentadbiran Trump, yang sebelum ini memotong dana persekutuan kepada persatuan berkenaan serta cuba mengehadkan peranannya dalam menilai pencalonan hakim persekutuan - satu tradisi yang telah lama diamalkan.

Empat firma guaman turut memfailkan saman berasingan bagi mencabar arahan pentadbiran yang membatalkan kelulusan keselamatan mereka serta menamatkan kontrak persekutuan. - Bernama

 

 

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!