Naim Daniel tiba di mahkamah

Naim bersama ibu dan peguamnya tiba di Mahkamah Sesyen Putrajaya.
Naim bersama ibu dan peguamnya tiba di Mahkamah Sesyen Putrajaya.
A
A
A

PUTRAJAYA - Pelakon dan penyanyi, Naim Daniel tiba di Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa, dipercayai bagi menghadapi kes seksual terhadap seorang remaja perempuan.

Dia yang berusia 28 tahun hadir bersama ibunya pada jam 8.34 pagi dengan diiringi peguam.

Naim juga sempat menyapa petugas media yang berada di lobi mahkamah.

"Assalamualaikum," katanya.

Berdasarkan sistem kehakiman, pertuduhan terhadap penyanyi lagu 'Sumpah' itu, akan dijalankan pada jam 9 pagi, di hadapan Hakim Datin M Kunasundary, dalam prosiding secara tertutup.

Minggu lalu, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan dalam kenyataannya berkata, arahan untuk menuduh seorang selebriti, telah diperoleh daripada Pejabat Pendakwaraya Selangor.

Beliau berkata, suspek akan didakwa di bawah Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 (Akta 792) kerana melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa.

 

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!