Covid-19: TSG tarik diri sertai lima kejohanan lumba basikal

No Image Caption
A
A
A

PASUKAN lumba basikal bertaraf benua, Terengganu Inc TSG Cyling Team (TSG) hari ini mengumumkan menarik diri daripada menyertai lima jelajah dalam tempoh terdekat susulan penularan koronavirus (Covid-19).

Lima kejohanan itu ialah BSB120 Brunei, Tour de Togichi Jepun, GP Mediterraean dan GP Justiniano Hotels di Turki serta Bieras A Serrada Estrella Portugal yang dijadualkan berlangsung dalam bulan Mac dan April.

Ketua Pegawai Operasi TSG Nasiruddin Wan Idrus berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira semua faktor, terutama keselamatan dan kesihatan pelumbanya.

Beliau berkata, pihak pengurusan bertanggungjawab melindungi pelumba daripada sebarang risiko jangkitan memandangkan jelajah itu bakal disertai pasukan dari seluruh dunia yang mempunyai pengurusan dan strategi berbeza dalam menangani jangkitan tersebut.

"Kami telah memaklumkan perkara ini kepada pihak penganjur dan juga Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (MNCF).

“Ini adalah keputusan terbaik yang boleh kami ambil bagi mengelak sebarang risiko yang akan menjejaskan pelumba," katanya dalam satu kenyataan kepada media hari ini.

Nasiruddin juga berkata, pihaknya akan memantau perkembangan Covid-19 dengan teliti sebelum mengambil keputusan untuk menyertai mana-mana jelajah di luar negara selepas ini. - Bernama

Artikel Berkaitan: