Jurulatih disyaki cabul dua remaja didakwa di mahkamah esok

Seorang jurulatih bola sepak akan didakwa di Mahkamah Majistret Kota Tinggi pada Selasa atas kesalahan mencabul dua remaja perempuan.
Seorang jurulatih bola sepak akan didakwa di Mahkamah Majistret Kota Tinggi pada Selasa atas kesalahan mencabul dua remaja perempuan.
A
A
A

KOTA TINGGI – Seorang jurulatih bola sepak persendirian yang disyaki mencabul dua remaja perempuan akan didakwa di Mahkamah Majistret pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Yusof Othman berkata, lelaki tempatan berusia 33 tahun itu sebelum ini telah direman selama enam hari bermula Khamis bagi membantu siasatan.

Jelas beliau, kes disiasat di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan juga sebatan jika sabit kesalahan.

Sebelum itu, pada Ahad, media melaporkan suspek telah ditahan pada 11 Jun lalu kira-kira jam 7.30 petang selepas polis menerima dua laporan berkaitan kejadian yang berlaku pada 10 dan 11 Jun.

Suspek disyaki mencabul dua mangsa terbabit di empat lokasi berbeza sekitar kawasan Bayu Damai.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!