Indeks Keterbukaan Perdagangan Malaysia naik kepada 149.0 pada 2024

IKP Malaysia meningkat kepada 149.0 pada tahun 2024 berbanding 144.6 pada tahun sebelumnya.
IKP Malaysia meningkat kepada 149.0 pada tahun 2024 berbanding 144.6 pada tahun sebelumnya.
A
A
A

INDEKS Keterbukaan Perdagangan (IKP) Malaysia meningkat kepada 149.0 pada tahun 2024 berbanding 144.6 pada tahun sebelumnya, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Dalam satu kenyataan hari ini, Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata, IKP mengukur kebergantungan perdagangan antarabangsa bagi barangan terhadap ekonomi dan bertindak sebagai indikator untuk menilai kepentingan perdagangan di peringkat nasional dan negeri.

“Berdasarkan data terbaharu yang diperoleh bagi tahun 2023, empat negeri telah merekodkan IKP lebih tinggi daripada paras nasional,” katanya.

Pulau Pinang mencatatkan IKP tertinggi pada paras 542.6, diikuti Johor (326.8), Wilayah Persekutuan Labuan (229.3) dan Kedah (220.1).

Katanya, DOSM kini sedang mengumpul data bagi IKP 2024 mengikut negeri dan laporan penuh dijangka akan diterbitkan tidak lama lagi. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!