Pemandu nyaris dihempap tangki treler tercabut

Rakaman kamera papan pemuka memaparkan insiden mencemaskan apabila sebuah kereta nyaris dihempap tangki treler yang tercabut dari kenderaan berat tersebut dalam kejadian di Sandakan.
Rakaman kamera papan pemuka memaparkan insiden mencemaskan apabila sebuah kereta nyaris dihempap tangki treler yang tercabut dari kenderaan berat tersebut dalam kejadian di Sandakan.
A
A
A

SANDAKAN - Seorang pemandu kereta nyaris ditimpa tangki treler yang tercabut secara tiba-tiba dari bahagian hadapan kenderaan berat itu sebelum terjatuh ke tepi jalan dalam kejadian di Batu 9, Jalan Labuk, di sini, pada Sabtu.

Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu, tangki yang membawa muatan minyak mentah kelapa sawit tercabut ketika treler sedang melalui sebuah bulatan, manakala sebuah kereta jenis Perodua Kelisa berada tidak jauh dari lokasi kejadian.

Insiden tersebut turut tular di media sosial selepas rakaman berdurasi 34 saat daripada kamera papan pemuka sebuah kenderaan memaparkan detik mencemaskan itu sehingga mencetuskan pelbagai reaksi warga maya.

Pemangku Ketua Polis Daerah Sandakan, K. Ramasamy, berkata hasil siasatan mendapati ketika kejadian, treler berkenaan sedang dalam perjalanan dari arah Batu Lung Manis menuju ke Batu Sapi.

Anggota trafik membuat kawalan lalu lintas susulan sebuah tangki yang membawa muatan minyak sawit mentah terjatuh dari treler.
Anggota trafik membuat kawalan lalu lintas susulan sebuah tangki yang membawa muatan minyak sawit mentah terjatuh dari treler.

“Tiba-tiba tangki belakang yang membawa muatan minyak mentah kelapa sawit telah tercabut dan jatuh ke tepi jalan.

“Akibat kejadian itu, tangki berkenaan mengalami kerosakan di beberapa bahagian dan minyak mentah tersebut tumpah ke atas jalan. Bagaimanapun, pemandu tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Beliau berkata, kawalan lalu lintas telah dijalankan oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sandakan, sementara pihak bomba menjalankan kerja-kerja pembersihan di lokasi kejadian.

“Kes disiasat di bawah Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 (Rule 10 LN 166/59),” katanya.

Artikel Berkaitan:

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!