Kementerian sasar 1,200 peserta usahawan tani muda

Haslina (lima dari kanan) dan Haqiem Rusli (enam dari kanan) bersama peserta-peserta JAM 2020 yang menghadiri pra pelancaran JAM 2020 di Putrajaya. - FOTO SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
Haslina (lima dari kanan) dan Haqiem Rusli (enam dari kanan) bersama peserta-peserta JAM 2020 yang menghadiri pra pelancaran JAM 2020 di Putrajaya. - FOTO SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
A
A
A

PUTRAJAYA - Kementerian Pertanian dan Industri Makanan menyasarkan 1,200 peserta usahawan tani (Agropreneur) muda pada tahun ini.

Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar), Datuk Haslina Abdul Hamid berkata, bagi mencapai sasaran yang ditetapkan, kementerian mempergiatkan usaha untuk melatih generasi muda dalam bidang pertanian.

"Sejak Unit Agropreneur Muda ditubuhkan, kami telah berjaya melatih 6,000 peserta di bawah bimbingan kementerian," katanya pada sidang akhbar pra pelancaran Jelajah Agropreneur Muda (JAM) 2020 di sini semalam.

Haslina Abdul Hamid
Haslina Abdul Hamid

Hadir sama, penyanyi popular, Haqeem Rosli yang dilantik sebagai duta JAM 2020 bersama Baby Shima.

Beliau berkata, pelbagai latihan dan kursus ditawarkan menerusi agensi di bawah kementerian.

"Ini termasuklah geran sehingga RM20,000 dan bantuan pinjaman Agrobank serta pembiayaan Tekun Nasional kepada yang layak," katanya

Mengulas mengenai JAM 2020, Haslina berkata, program tersebut adalah salah satu inisiatif kementerian untuk menggalakkan penglibatan golongan muda di dalam sektor pertanian.

Artikel Berkaitan:

Haslina berucap pada majlis pra pelancaran JAM 2020 di Putrajaya. - FOTO SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
Haslina berucap pada majlis pra pelancaran JAM 2020 di Putrajaya. - FOTO SHARIFUDIN ABDUL RAHIM

"Inisiatif ini melibatkan perkongsian dan pemindahan maklumat pertanian kepada golongan muda," katanya.

Menurutnya, JAM 2020 merupakan salah satu program untuk memantau perlaksanaan projek agropreneur muda sekaligus dapat mengeratkan hubungan antara kedua-dua pihak.

"Sepanjang JAM 2020 ini, kementerian juga akan menganjurkan kursus dan latihan kepada usahawan muda.

"Selain itu kami turut menyediakan ruang pemasaran produk penghasilan pertanian dan agro makanan melalui program my best buy (MBB)," katanya.

Haslina (tiga dari kanan) bersama Haqiem Rusli (kiri) yang dilantik sebagai duta JAM 2020. - FOTO SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
Haslina (tiga dari kanan) bersama Haqiem Rusli (kiri) yang dilantik sebagai duta JAM 2020. - FOTO SHARIFUDIN ABDUL RAHIM

Beliau berkata, program JAM 2020 akan diadakan di lima zon seluruh negara melibatkan Zon Utara, Timur, Borneo, Selatan dan Tengah.

"Antara pengisian program ini bagi setiap zon adalah sesi walkabout' projek-projek agropreneur muda, kursus pendek, Karnival My Best Buy, sesi teh tarik bersama usahawan selain townhall bersama pelajar kolej pertanian," katanya.

Menyentuh mengenai penularan wabak koronavirus (Covid-19), Haslina berkata, pihaknya telah bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan (KKM) sempena jelajah itu.

"Kita akan sediakan topeng muka dan cecair pembasmi kuman di penghujung jelajah selain akan mengingatkan mereka untuk mempertingkatkan kebersihan diri," katanya.

JAM 2020 edisi kedua akan bermula esok di Zon Utara melibatkan negeri Pulau Pinang, Kedah dan Perlis.