Hantaran Facebook Akmal Nasir dari 2022 hilang, dakwa disabotaj

SHAH ALAM - Hantaran Facebook akaun Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Akmal Nasrullah Mohd Nasir dari hujung tahun 2022 didapati hilang pada Isnin lalu.
Akmal Nasrullah berkata, pihak Meta Platforms Inc (Meta) turut mengesahkan insiden tersebut didakwa berpunca akibat tindakan sabotaj oleh pihak tidak bertanggungjawab.
“Insya-ALLAH, kami sedang berusaha sedaya upaya untuk memulihkan semula semua hantaran yang telah hilang,” katanya di Facebook pada Khamis.
Ujar Ahli Parlimen Johor Bahru itu, beliau turut mengarahkan pasukan peguamnya untuk mempertimbangkan tindakan saman atau proses undang-undang yang boleh diambil terhadap pihak atau individu yang terlibat jika mempunyai keterangan mencukupi.
“Perkara ini mula dikesan apabila semua hantaran berkaitan kempen Pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) 2025 didapati telah lenyap beberapa jam lebih awal. Ia diikuti dengan hantaran lain yang hilang sepenuhnya menjelang lewat petang hari sama.
“Kami telah menghubungi pihak Meta dan mereka mengesahkan insiden ini berpunca daripada unsur sabotaj oleh individu tidak bertanggungjawab,” ujarnya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

