Seludup 103 bungkus ganja: Polis sahkan tiga warga tempatan ditahan di Laos

Pihak berkuasa menemui 103 bungkusan ganja yang disembunyikan di dalam bagasi suspek. - Gambar hiasan. Gambar kecil, Mat Zani.
Pihak berkuasa menemui 103 bungkusan ganja yang disembunyikan di dalam bagasi suspek. - Gambar hiasan. Gambar kecil, Mat Zani.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan penahanan tiga warga tempatan di Laos dipercayai membabitkan kes penyeludupan 103 bungkusan ganja, Mei lalu.

Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Deputi Komisioner Mat Zani @ Mohd Salahuddin Che Ali berkata, ketiga-tiga lelaki berusia antara 25 hingga 29 tahun itu ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Loas selepas tiba di negara terbabit menaiki penerbangan Thai Airways.

"Semakan mendapati ketiga-tiga mereka meninggalkan tanah air pada 22 Mei lalu.

“Bagaimanapun polis sedang menyiasat ketiga-tiga suspek menyeludup ganja dari negara ini atau Thailand," katanya pada Khamis.

Tambah beliau, ketiga-tiga individu itu kini dalam tahanan pihak berkuasa Laos.

Ujarnya, pihak polis sedang mengumpul maklumat dan siasatan lanjut masih dijalankan.

Sebelum itu, media tempatan melaporkan seorang penyanyi rap dipercayai antara tiga yang ditahan bagi membantu siasatan kes cubaan menyeludup 103 bungkusan ganja di Laos untuk dibawa ke Jerman sebagai destinasi akhir.

Difahamkan, penahanaan pada 27 Mei lalu itu dibuat di Lapangan Terbang Antarabangsa Wattay.

Menerusi satu laporan di Laos, ketiga-tiga individu itu ditahan semasa pemeriksaan rutin dijalankan dalam satu operasi melibatkan pegawai kastam, penguat kuasa lapangan terbang dan agensi berkaitan.

Artikel Berkaitan:

Hasil pemeriksaan terhadap enam beg milik suspek, pihak berkuasa menemui 103 bungkusan ganja yang disembunyikan di dalam bagasi mereka, dengan jumlah keseluruhan kira-kira 86 kilogram.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!