Op Lancar: Lebih 6,000 kemalangan direkodkan

Mohd Yusri
Mohd Yusri
A
A
A
KUALA LUMPUR - Sebanyak 6,369 kemalangan direkodkan sepanjang tempoh pelaksanaan Op Lancar sempena Hari Raya Aidiladha iaitu dari 6 hingga 9 Jun lalu di seluruh negara.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, jumlah kes kemalangan pada tahun ini meningkat sebanyak tiga peratus, iaitu melebihi 181 kes berbanding yang direkodkan pada operasi yang sama tahun lalu.

“Jumlah kes kemalangan maut pula adalah sebanyak 58 kes, menunjukkan penurunan sebanyak 26 kes berbanding 84 kes pada tahun lalu.

"Jumlah kematian pula seramai 78 orang pada tahun ini, dengan penurunan sebanyak 10 kematian berbanding tahun lalu, iaitu 88 orang," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Mohd Yusri berkata, sebanyak 6,120 kes kemalangan melibatkan kerosakan kenderaan direkodkan tahun ini, berbanding 5,854 kes pada tahun lalu, iaitu peningkatan sebanyak 266 kes.

“JSPT komited menguatkuasakan undang-undang dengan memastikan keselamatan pengguna jalan raya terjamin dan peraturan lalu lintas dipatuhi oleh semua pihak, selain tanggungjawab pengguna jalan raya memastikan kenderaan selamat digunakan setiap masa dalam pelbagai situasi.

"Pengguna jalan raya yang berdisiplin dan mengamalkan sikap bertanggungjawab membantu meminimumkan risiko, selain mencapai sasaran pengurangan statistik kematian dan kecederaan di jalan raya," ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!