Terjebak cinta wanita Jepun, mekanik rugi lebih RM200,000

Mangsa berusia 58 tahun dari Rompin itu dikatakan mula mengenali suspek melalui laman Facebook pada April lalu. Foto 123RF
Mangsa berusia 58 tahun dari Rompin itu dikatakan mula mengenali suspek melalui laman Facebook pada April lalu. Foto 123RF
A
A
A

KUANTAN - Tempoh perkenalan tidak sampai sebulan dengan seorang wanita dari Jepun melalui media sosial berakhir dengan penyesalan apabila seorang mekanik kerugian RM220,000 selepas menjadi mangsa sindiket penipuan cinta atau ‘love scam’.

Mangsa berusia 58 tahun dari Rompin itu dikatakan mula mengenali suspek melalui laman Facebook pada April lalu dan menjalin hubungan mesra secara maya dengan wanita berkenaan yang mendakwa berasal dari Jepun.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, selepas itu suspek mendakwa terdapat satu bungkusan barangan yang dihantar dari Turki ke Jepun atas nama mangsa, namun telah ditahan pihak imigresen di Turki.

“Suspek meminta pinjaman wang dari mangsa untuk mendapatkan semula barangan tersebut dan berjanji pulangan dua kali ganda dijanjikan oleh suspek setelah barangan berkenaan diterima.

"Mangsa kemudian menggunakan wang simpanannya telah 50 kali transaksi sehingga mengalami kerugian sebanyak RM 200,000," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Dalam pada itu, Yahaya menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah percaya dengan individu yang tidak dikenal pasti.

"Jangan terpedaya dengan penipuan tersebut, juga jangan melayan mereka yang tidak dikenali di media sosial.

"Semak dahulu sebelum membuat transaksi kewangan dan sahkan nombor telefon serta akaun di https://semakmule.rmp.gov.my," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!