Penduduk terkejut paru lembu korban tertera nama peserta

Sebuah rakaman video tular di media sosial memaparkan paru lembu korban yang tertera tulisan nama seseorang. - Foto Agensi
Sebuah rakaman video tular di media sosial memaparkan paru lembu korban yang tertera tulisan nama seseorang. - Foto Agensi
A
A
A

JAKARTA – Sebuah rakaman video tular di media sosial memaparkan paru lembu korban yang tertera tulisan nama seseorang.

Detikcom pada Isnin melaporkan, penemuan misteri itu dibuat oleh salah seorang ahli jawatankuasa (AJK) ibadah korban.

“Terdapat nama Muhamad Musofa bin Jalal Sayuti yang ditulis dengan dakwat berwarna hitam pada paru tersebut. Ia disedari oleh AJK kami yang dikenali sebagai Warman. Ia ternyata satu keajaiban,” kata Ketua Dewan Kemakmuran Masjid (DKM), Suhada di Kota Tangerang Selatan, Indonesia.

Jelasnya, Warman cuba memadamkan tulisan tersebut namun tidak berhasil.

“Dia percaya tulisan dalam huruf besar itu bukan buatan manusia. Ia juga bukan cerita rekaan AJK ibadah korban atau pihak lain,” ujarnya lagi ketika ditemui di Masjid Al Ikhlas, Pondok Betung, Pondok Aren.

Menurutnya, pemilik nama itu merupakan salah seorang penduduk yang menyumbang seekor kambing untuk ibadah korban.

“Dia tidak ada kena-mengena dengan lembu yang dikorbankan itu. Musofa sudah pun dimaklumkan tentang perkara tersebut,” tambahnya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!