Tiada laporan lain kes selebriti lakukan amang seksual - Polis

Kertas siasatan kes telah dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya. Gambar kecil: Shahrulnizam
Kertas siasatan kes telah dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya. Gambar kecil: Shahrulnizam
A
A
A

PETALING JAYA - Hanya satu laporan diterima polis membabitkan seorang selebriti berhubung kes amang seksual.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja’afar berkata, kertas siasatan kes berkenaan telah dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya.

“Bagaimanapun kertas siasatan itu belum diperoleh daripada pihak Timbalan Pendakwa Raya,” katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.

Terdahulu, media melaporkan suspek ditahan polis selepas melakukan amang seksual ke atas remaja perempuan di sebuah hotel di Petaling Jaya, Selangor.

Mangsa dikatakan berkenalan dengan artis terbabit di sebuah kafe tempatnya bekerja sejak tiga bulan lalu.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan berkata, mereka kemudian bertemu beberapa kali selepas perkenalan itu.

Suspek kemudian membawa mangsa bertemu di sebuah hotel dan didakwa melakukan perbuatan amang seksual fizikal.

Kes disiasat mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 (Akta 792).

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!