Polis cari dua lelaki bantu siasatan kes bunuh

Dari kiri: L J Sathiya Seelan dan P Ganesan
Dari kiri: L J Sathiya Seelan dan P Ganesan
A
A
A

KLANG - Polis giat mencari dua individu bagi membantu siasatan kes bunuh seorang lelaki yang disahkan meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang, 1 Mac lalu.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, dua individu itu dikenali sebagai P Ganesan, 28, beralamat No 31 Jalan Bukit Arang Pandamaran, Klang dan L J Sathiya Seelan, 37, beralamat di Pangsapuri Laksamana Jaya A, Batu Caves, Selangor.

"Usaha mencari dua lelaki ini masih dijalankan bagi membantu siasatan polis.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh salurkan kepada pegawai penyiasat, Asisten Superintendan Chia Chee Sheng di talian 019-3306497," katanya.

Terdahulu, polis menerima satu laporan pada 28 Februari lalu daripada seorang doktor hospital terbabit memaklumkan seorang pesakit lelaki yang dibawa ambulans dari Jalan Nagasari 36/1 Kampung Jawa, Klang dalam keadaan tidak sedarkan diri ditemui di tepi jalan.

Shamsul Amar berkata, mangsa yang mengalami kecederaan di kepala akibat hentakan objek tumpul disahkan meninggal dunia kira-kira jam 8.06 pagi, 1 Mac lalu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Artikel Berkaitan: