Penunggang motosikal jatuh gaung

Bomba membantu membawa naik mangsa yang terjatuh ke dalam gaung selepas terlibat kemalangan di Lebuhraya Utara Selatan, Rawang pada Selasa.
Bomba membantu membawa naik mangsa yang terjatuh ke dalam gaung selepas terlibat kemalangan di Lebuhraya Utara Selatan, Rawang pada Selasa.
A
A
A

RAWANG - Penunggang motosikal parah terjatuh ke dalam gaung sedalam kira-kira 15.2 meter (m) selepas terbabit kemalangan dengan sebuah kereta di Kilometer 445.7 Lebuhraya Utara Selatan menghala Utara, di sini, pada Selasa.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Rawang dikejarkan ke lokasi selepas menerima panggilan pada jam 8.28 pagi.

Menurutnya, kemalangan membabitkan sebuah kereta dan motosikal Honda Dash yang ditunggang mangsa.

"Mangsa iaitu lelaki warga Pakistan berusia lingkungan 20-an terjatuh ke dalam gaung sedalam 15.2 m akibat kemalangan berkenaan.

"Mangsa mengalami patah kaki, kecederaan tulang belakang dan luka pada bahagian muka," katanya dalam kenyataan di sini pada Selasa.

Beliau berkata, anggota bomba mengambil masa dua hingga tiga minit untuk membawa naik mangsa.

Tambahnya, mangsa telah diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tindakan lanjut.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!