Karangkraf terus suburkan tradisi raya dengan solat sunat, jamuan Aidiladha

Kumpulan Karangkraf meneruskan tradisi tahunan sempena sambutan Hari Raya Aidiladha dengan mengadakan solat sunat di Surau Karangkraf pada Sabtu.
Kumpulan Karangkraf meneruskan tradisi tahunan sempena sambutan Hari Raya Aidiladha dengan mengadakan solat sunat di Surau Karangkraf pada Sabtu.
A
A
A

SHAH ALAM – Kumpulan Karangkraf meneruskan tradisi tahunan sempena sambutan Hari Raya Aidiladha dengan mengadakan solat sunat dan jamuan di surau dan Dewan Karangkraf di sini pada Sabtu.

Majlis seawal jam 8 pagi itu dimulakan dengan solat sunat Aidiladha yang dipimpin oleh Ustaz Fazrul Ismail iaitu pentadabbur My #QuranTime, manakala khutbah Aidiladha disampaikan oleh Profesor Madya Dr Irwan Ariffin dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), yang merupakan menantu kepada salah seorang pengasas Kumpulan Karangkraf, Allahyarham Datuk Fickry Yaacub.

Menurut Penasihat Kumpulan Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacub, program ini merupakan usaha berterusan bagi mengeratkan hubungan sesama warga Karangkraf dan masyarakat sekitar.

Hussamuddin (berdiri) berkesempatan beramah mesra dengan tetamu yang hadir.
Hussamuddin (berdiri) berkesempatan beramah mesra dengan tetamu yang hadir.

“Ini adalah cara kita teruskan tradisi setiap kali tiba hari raya. Kita solat bersama di Surau Karangkraf, kemudian beraya dan menjamu selera ramai-ramai di Dewan Karangkraf. Alhamdulillah, tahun ini kita hidangkan nasi dagang Terengganu untuk para tetamu.

“Tradisi ini bukan sekadar sambutan, tetapi simbol kebersamaan dan ukhuwah yang menjadi tunjang kekuatan Karangkraf sejak dahulu lagi,” katanya.

Majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran kira-kira 350 tetamu yang terdiri daripada warga kerja, ahli keluarga serta komuniti setempat.

Dalam pada itu, Hussamuddin turut menyuarakan harapan agar tradisi ini dapat diteruskan pada masa akan datang sebagai satu legasi yang memperkukuh jati diri dan perpaduan ummah.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!